Selamat Datang Ke Blog Ayam Cun !

Ibu Ayam

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat adik-adik tersayang....apa khabar adik-adik semua?


Kali ini,kakak akan bercerita mengenai ibu ayam.Adik-adik kenal tak ibu ayam ? Tahu tak macam mana rupa ibu ayam ?




Ibu ayam bertelur di sarang. Adik- adik tahu atau tidak macam mana rupa sarang dan reban ayam?







Gambar sarang dan reban ayam.

Adik-adik nak dengar satu cerita x?


Pada suatu hari, seekor anak ayam berjalan-jalan bersama ibunya. Sedang ia bersendirian tidak jauh dari ibunya, seekor anjing telah menyerangnya.


Melihat anaknya diserang, ibu ayam itu dengan beraninya mendekati anjing itu dan menghalaunya.


Tetapi, anjing tetap berdegil dan tidak mahu lari. Lantas, ibu ayam itu terbang dan mematuk mata anjing berkenaan. Anjing itu meraung kesakitan dan melarikan diri.


Anak ayam terselamat. Walaupun ibu ayam adalah haiwan, ia tetap mempunyai naluri keibuan yang tinggi. Sayangilah ibu adik-adik. Ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu adik-adik semua ya!






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment