Selamat Datang Ke Blog Ayam Cun !

Ibu Ayam

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat adik-adik tersayang....apa khabar adik-adik semua?


Kali ini,kakak akan bercerita mengenai ibu ayam.Adik-adik kenal tak ibu ayam ? Tahu tak macam mana rupa ibu ayam ?




Ibu ayam bertelur di sarang. Adik- adik tahu atau tidak macam mana rupa sarang dan reban ayam?







Gambar sarang dan reban ayam.

Adik-adik nak dengar satu cerita x?


Pada suatu hari, seekor anak ayam berjalan-jalan bersama ibunya. Sedang ia bersendirian tidak jauh dari ibunya, seekor anjing telah menyerangnya.


Melihat anaknya diserang, ibu ayam itu dengan beraninya mendekati anjing itu dan menghalaunya.


Tetapi, anjing tetap berdegil dan tidak mahu lari. Lantas, ibu ayam itu terbang dan mematuk mata anjing berkenaan. Anjing itu meraung kesakitan dan melarikan diri.


Anak ayam terselamat. Walaupun ibu ayam adalah haiwan, ia tetap mempunyai naluri keibuan yang tinggi. Sayangilah ibu adik-adik. Ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu adik-adik semua ya!






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita tentang TELUR AYAM!

Assalammualaikum dan salam sejahtera adik-adikku sayang.


Dalam entri kali ini, kami ingin menceritakan mengenai telur ayam.
Bagi yang kurang pasti atau tidak pernah melihat telur ayam, sila lihat gambar di bawah.



Di dalam telur ayam terdapat putih telur dan kuning telur. Manusia akan makan kuning telur dan putih telur ini dengan cara memasaknya atau memakannya mentah-mentah.

kulit telur ayam ini keras. Tahukah adik-adik kenapa kulit telur ayam keras?



Tahukah adik-adik, telur ayam mengandungi 'EMBRIO' ? Kulit telur ayam yang keras dapat menjadi 'pelindung' kepada embrio yang berada dalam telur ayam ini. Apa jadi dalam masa 21 hari?

Gambar ayam menetas

Dalam masa 21 hari, EMBRIO akan membesar menjadi ANAK AYAM di dalam telur ayam. Anak ayam ini akan mematuk-matuk telur ayam dari dalam untuk menetas keluar.

Menarik bukan?
Adik-adik ingin saksikan anak ayam secara langsung atau tidak?
Jika, ya, sila saksikan video ini.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambar-gambar ayam yang UNIK

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Adik-adikku sayang,


Ayam adalah sejenis binatang ternakan.
Terdapat sesetengah pencinta ayam yang sanggup berhabis wang ringgit untuk mencantikkan ayam-ayam mereka!


Berikut adalah gambar-gambar ayam yang 'fashionable' yang wujud di atas dunia ini..
















































Cantik dan unik kan rupa ayam-ayam ini?
Ciptaan Tuhan memang indah.
Sekian dahulu, nantikan update seterusnya.
sumber http://www.infogue.com/viewstory/2008/11/20/jenis_jenis_ayam/?url=http://babih-kau.blogspot.com/2008/11/jenis-jenis-ayam.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita tentang anak ayam

ANAK AYAM

Hi adik-adik,

Tahukah adik-adik, sebelum membesar menjadi ayam dewasa, ayam dikenali sebagai anak ayam?

Jom kita baca cerita tentang anak ayam!!






Anak ayam berada dalam keadaan lembap apabila ia menetas. Bulunya akan mengering dengan cepat. 


Gambar di atas menunjukkan keadaan anak ayam setelah ia menetas!
Apabila bulunya kering, anak ayam akan kelihatan sangat COMEL seperti dalam gambar-gambar di bawah ini.






Anak ayam boleh berjalan selepas ia menetas. Anak ayam makan serangga, biji benih dan cacing



Bulu anak ayam akan tumbuh dengan lebih banyak dalam masa 4 minggu. Balung ayam akan tumbuh di atas kepala ayam. Anak ayam akan menyerupai induknya sepanjang mereka membesar.


Sekian dahulu cerita pasal anak ayam. Macam-macam cerita pasal ayam akan disambung dalam post kami yang seterusnya. =)

Sebelum itu, dengarlah lagu khas untuk adik-adik..Selamat berhibur!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS