Selamat Datang Ke Blog Ayam Cun !

Cerita tentang anak ayam

ANAK AYAM

Hi adik-adik,

Tahukah adik-adik, sebelum membesar menjadi ayam dewasa, ayam dikenali sebagai anak ayam?

Jom kita baca cerita tentang anak ayam!!






Anak ayam berada dalam keadaan lembap apabila ia menetas. Bulunya akan mengering dengan cepat. 


Gambar di atas menunjukkan keadaan anak ayam setelah ia menetas!
Apabila bulunya kering, anak ayam akan kelihatan sangat COMEL seperti dalam gambar-gambar di bawah ini.






Anak ayam boleh berjalan selepas ia menetas. Anak ayam makan serangga, biji benih dan cacing



Bulu anak ayam akan tumbuh dengan lebih banyak dalam masa 4 minggu. Balung ayam akan tumbuh di atas kepala ayam. Anak ayam akan menyerupai induknya sepanjang mereka membesar.


Sekian dahulu cerita pasal anak ayam. Macam-macam cerita pasal ayam akan disambung dalam post kami yang seterusnya. =)

Sebelum itu, dengarlah lagu khas untuk adik-adik..Selamat berhibur!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment